Daisypath - Personal picture Daisypath Anniversary tickers

Saturday, September 4, 2010

SALAM LEBARAN


Tangan dihulur maaf dipinta, mohon maaf segala salah dan silap yang tersurat atau tersirat. maaf zahir dan batin....

Tuesday, August 31, 2010

21 RAMADHAN 1431 H / 31 OGOS....53 TAHUN MERDEKA




Salam Ramadhan al-Mubarak...... salam merdeka Malaysia ke 53. Sekian lama tidak menitip di ruangan blog ini. Terpanggil rasanya pagi ini untuk mencoretkan sesuatu. Asyik dengan facebook dapat bertemu, online dengan teman-teman yang sebelum ini jarang sekali dapat berjumpa hanya kiriman pesanan ringkas pun kadang-kadang sahaja dikirimkan itupun sempena raya atau peristiwa-peristiwa tertentu sahaja. Adanya fb ini dapatlah merapatkan silaturrahim mendekatkan jarak yang jauh..
Ramadhan sudah hampir meningglkan kita semua...apakah perasaan di hati...sedih atau sebaliknya, renungkan sejenak... tepuk dada dan boleh agak status iman kita pada Rabbul Jalil.
Berbaki 9 hari lagi Ramadhan kini berada di fasa ke tiga iaitu selamat daripada api neraka.
Ya Allah, ampunkan dosa kami...selamatkan kami daripada api neraka Mu.
Secara jujur, dari segi amalan ibadah, Ramadhan ku tahun ini tidak sebaik Ramadhan tahun lepas..
perlu muhasabah diri untuk memperbaiki kelemahan diri dan orang-orang sekeliling ku. Mohon bantuanMu ya Allah...sesungguhnya aku insan yang lemah, tunjukkanlah aku jalanMu yang lurus. Janganlah Engkau biarkan kami lalai untuk mengingati Mu..jangan..jangan..
Robbana aatina fiddunya hasanah wa fil aakhiroti hasanah waqina a'zaabannaar...AMIIIIN.

Saturday, July 10, 2010

Sifat Makhluk Yang Bernama MANUSIA




...lega rasanya apabila sudah selesai mendirikan solat...satu tanggungjawab wajib bagi manusia yang ada rasa kehambaan pada Tuhannya Allah Azzawajalla. Di luar sana hujan baru beransur hilang, hadirnya pun sekadar persinggahan untuk membasahkan bumi yang gersang dimamah mentari. Suasana panas tadi, kini mulai terasa sejuk kembali..syukur padaMu Ya Allah yang memberi kami rahmat hujan ini.

Lama sudah rasanya tidak menulis di ruangan blog ini. Dalam mencari suatu subjek yang sesuai aku teringat pada tingkahlaku manusia yang berbagai-bagai reaksi,karenah dan adakalanya bertukar terus watak apabila menghadapi kesukaran dalam urusan kerja. Rupa-rupanya di mana-mana pun serupa aja. Dulu aku di Politeknik kini di sekolah...tetap ada manusia yang begitu, ada yang begitu profesional dan ada yang cepat melatah dalam menghadapi masalah.


Berfikir positif adalah sangat baik untuk terapi minda, hati akan jadi tenang fikiran akan jadi lapang. Apabila disamping orang yang berfikiran positif kita juga turut sama jadi positif begitulah sebaliknya.


Kesimpulannya kena pandai sesuaikan diri dengan persekitaran dan rakan-rakan sekerja. Yang manis atau pahit tidak boleh terus ditelan, perlu difikir, diteliti dalam keadaan fikiran yang waras dan tenang besertakan iman di hati.


Mudah-mudahan aku berada di dalam lembayung rahmatMu Ya Allah. Engkau mudahkanlah bagiku segala urusanku walaupun ianya nampak susah di mata orang lain. Amiiin.

Monday, June 21, 2010

HARI BAPA



20.6.2010 adalah sambutan hari bapa kepada para bapa atau apa-apa nama panggilan yang seumpamanya. Persiapan telah dirancang awal..harinya pun tiba. Kad ucapan telah ditulis oleh Aiman sendiri hasil arahan aku. Hadiah pun telah dibeli walaupun tidak lah seberapa harganya(tempat letak h/phone di tali pinggang). Pada pagi itu, Aidid mula-mula sekali ucapkan tapi mungkin dia terkeliru walaupun telah diajar beberapa kali, "selamat hari raya Ayah" ucapnya dengan penuh confident. Aku di dapur tergelak juga mendengarnya.. Aiman cepat-cepat membetulkan .."selamat hari bapa lah..." Namun Aidid tetap mengulangi ayat sama selamat hari raya tanpa mempedulikan kesilapannya. Walau apa pun, semua orang gembira terutama sekali suami akulah agaknya...sabar membuka hadiah yang bersampul-sampul dan beriben-riben.(sengaja disampul berbelit-belit..nak menguji kesabaran)

Saturday, June 19, 2010

KUIH KEGEMARAN SEISI KELUARGA


Ha...inilah hasilnya...kuih kegemaran kami seisi keluarga, kuih PAU. Aku belajar resipi ini daripada ibu mertuaku. Sebenarnya aku memang menggemari kuih ni sejak kecil lagi. Bila dah berkahwin tengok mak buat sendiri apa lagi, ambil peluang belajar dan buat sendiri..dapat makan sepuas-puasnya. Suami dan anak-anak pun amat menggemarinya. Aiman dan Aidid setia dan sabar menanti sewaktu aku menguli tepung, memasukkan inti, mengukus sehingga masak dan siap dihidang. Sekali masak dapat dalam 20 hingga 30 biji, memang berbaloi, puas makan. Senang menyediakannya sedaaaaap dimakan.Tak lupa terima kasih buat Kak Na yang susah payah tolong belikan kacang merah nak buat inti pau.

Friday, June 18, 2010

Monday, June 14, 2010

AINA di usia 3 bulan



Sekejapnya masa berlalu..sudah tiga bulan usia Aina. Bila dia senyum nampaklah lesung pipitnya itu..hai geramnya... dan dia amat sukakan apabila abang2nya mengacah-acah. Ayat yang famous bg Aidid.."adik..nape..adik nak cucu..?" Aina dah boleh meniarap. Nampaknya perkembangannya lebih cepat daripada abang-abangnya sebelum ini. Aku akan terus menyaksikan perkembangannya dari semasa ke semasa. Itu pastinya sangat menyeronokkan bagi seorang ibu.