Kena pasang telinga betul-betul baru faham apa yang disebutnya. Aidid melagukan zikir untuk adiknya Aina. Dia dapat zikir tu daripada abangnya..walaupun masih pelat tapi boleh la faham. Dialah yang menjadi pembantu mama menjaga adik semasa cuti bersalin 2 bulan ini. Dah boleh kalau nak minta tolong enjut buai, ambilkan pampers, buang pampers, tepuk adik sementara menunggu mama. Lega juga mama...
Sekali tu Aidid mencemaskan mama..sambil berlari-lari dan dengan nada yang cemas Aidid menjerit "mama.. kaki adik terputus.." Apa lagi kelam kabut mama datang tengok..."tu mama kaki adik terputus.." ulangnya lagi, sambil tunjuk sarung kaki adik yang dah tercabut. Oo...bukan kaki adik putus rupanya sarung kaki dah tercabut...kuus semangat.. alahai Aidid..Aidid. Itulah impresi kanak-kanak berusia 3 tahun... bila teringat balik tergelak sendiri.
Mesti Klik..