Saat yang ditunggu telah tiba, bermula cuti sekolah...banyak masa bersama keluarga...balik kampung merayakan Aidil Adha di KT,Johor. Sebagai sampingan masa yang ada perlu dimanfaatkan sebaik mungkin, masa untuk anak-anak, program manfaat untuk mereka...apa ya..? selain tengok cartoon, main game. Menguruskan rumahtangga... kerja-kerja yang tak sempat dibuat semasa hari bekerja boleh la dibuat masa ni. Langsir yang belum dijahit, baju yang belum dipotong ada yang dah dipotong tapi belum menjadi baju semuanya boleh diselesaikan masa ni...InsyaAllah...harap tidak hanya sekadar nukilan...menjelang akhir cuti nanti semuanya akan jadi kenyataan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Salam kepada semua.
Ini merupakan ruang nukilan dan pandangan saya sendiri.
Selamat melayarinya dan segala pandangan anda amat dialu-alukan.
Terima Kasih.
Monday, November 23, 2009
Wednesday, November 18, 2009
4 HARI AYAH OUT STATION
...petang dah dekat nak maghrib ayah tak muncul lagi..adik pun tanya, nape ayah lambat balik ni..? Mama pun bagilah jawapan apa yang patut...adik jawab.Oooo ayah keje ek...4 hari kami hidup tanpa ayah di sisi. Setiap pagi abang dan adik bangun sendiri, tak buat perangai pun, pakai selipar sendiri, berjalan turun tangga sampai ke kereta tanpa dokongan ayah...dua-dua faham Mama tak larat nak dokong lagi, Mama ada baby, pandai pulak dua beradik ni berdikari. Kalau ada ayah amboi bukan main ngada-ngada nak didokong ke dua-dua sekali...buat-buat tido terlentok di bahu ayah..... sungguh terasa walau hanya 4 hari ayah tak de kat rumah...semua menanti kepulangan ayah sampaikan apabila terdengar tombol pintu dibuka ke dua-duanya berlari ke depan kot-kot ayah dah balik...padahal Mama buka pintu nak buang sampah je...
Tuesday, November 17, 2009
Mehnah Dan Tribulasi
Dalam hidup kita ini pasti ada sesuatu yang dipanggil masalah, kata orang "kalau tak de masalah bukan hidup namanya". Rasa susah hati sedih kecewa bila ada masalah sehingga selesai..hati pun akan berasa lega puas dan tenang dan syukur padaNYA ...itulah nikmatnya masalah..mengajar kita bersyukur padaNYA dengan apa yang diberikanNYA kepada kita. Juga masalah mengajar kita bijak menggunakan nikmat akal untuk menyelesaikannya dengan cara yang hikmah. Semua harus bijak menguruskan dan menyudahkan masalah itu dengan fikiran yang berlandaskan iman tanpa dikuasai emosi yang selalunya dipengaruhi oleh ...Waktu sebeginilah biasanya kita akan lebih mendekati Ilahi sebagai tempat untuk mengadu nasib merintih bantuanNya yang Maha Hebat...Mehnah dan Tribulasi adalah asam garam kehidupan.
Gambar kat bawah:ceria walaupun hanya seorang petani...
Gambar kat bawah:ceria walaupun hanya seorang petani...
Monday, November 9, 2009
Keletah Aiman dan Aidid
Anak-anak sebagai penghibur pengubat hati menenangkan jiwa melebarkan senyuman mama...
Saturday, November 7, 2009
"Hari Persahabatan"
"...Apabila aku kesepian hiburlah aku dengan suaramu, apabila aku sakit ubati aku dengan rasa kasih sayang mu, Apabila aku mati jangan mandikan aku dengan air matamu, apabila aku terkubur, kuburlah aku dalam hatimu dan bila aku tersesat, selamatkanlah aku dengan doamu..." 3.nov.09
Mungkin ada yang mendapat kiriman kata-kata ini...Indah bunyi bait-bait persahabatan ini, mungkin sesuai ditujukan buat insan-insan tertentu yang bergelar sahabat...namun AWAS...kekadang tanpa disedari...kata-kata indah ini sangat menyakitkan makhluk Allah yang bernama HATI...hati siapa ...? hati sesiapa sahaja di sekeliling kita...yang akan menyebabkan tercalar sesebuah perhubungan yang suci dan menimbulkan berbagai prasangka buruk. Manakala makhluk Allah yang bernama syaitan pun memainkan peranannya menyemburkan api prasangka yang akan merosakkan silaturrahim. Ya Allah...lindungilah hambaMu ini....
Subscribe to:
Comments (Atom)

