Disember kembali buat ke sekian kalinya, selesai sudah setahun lagi. Begitu cepat arus masa beredar dan berlalu pergi meninggalkan kita yang seringkali sibuk mengejar waktu dalam kekalutan rencah kehidupan yang tidak pernah ada noktahnya sehingga detik kematian datang bertamu. Begitulah lumrah kehidupan yang fana ini.
Disember pada sesetengah orang adalah bulan bercuti kerana anak-anak cuti sekolah, guru-guru cuti sekolah, pastinya ruang dan peluang yang datang sekali dalam setahun ini akan digunakan dengan sebaik-baiknya untuk bersama bermesra ahli keluarga, kaum kerabat jauh dan dekat serta sahabat handai rakan dan taulan di mana saja berada. Sementelah lagi adanya teknologi komunikasi face book pada hari ini tentunya akan mendekatkan jarak yang jauh dalam perhubungan sosial, malah akan menemukan sesiapa sahaja yang telah sekian lama terpisah. Banyaknya reunion yang akan dibuat....pastinya seronok dan meriah sekali.
Pokoknya apa sahaja yang dirancang samada perjalanan jauh, perjumpaan reunion...apa yang penting poket mesti penuh. Perancangan dan pelaksanaan dari segi aliran ekonomi mesti selari agar di penghujung Disember dan Januari yang menjelma tidak akan menimbulkan masalah kewangan, terutama bagi keluarga yang ada anak bersekolah.
Bagi aku Disember yang datang pasti dinanti, bulan untuk pulang ke kampung bertemu ayahbonda, saudara mara, melihat panorama dalam perjalanan, menikmati angin sejuk segar dinihari, sesejuk embun di pagi hari dalam suasana tenang di desa tercinta tempat tumpah darahku....itulah nikmat dan keseronokan bagi perantau-perantau yang tidak dapat dirasai orang lain. Syukur pada Mu ya Allah kerana memberikan aku merasai nikmat Mu ini. Selamatkan kami dalam perjalanan pulang dan kembali semula ki sini dengan selamat jua. AMEEEN.