Daisypath - Personal picture Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 21, 2010

HARI BAPA



20.6.2010 adalah sambutan hari bapa kepada para bapa atau apa-apa nama panggilan yang seumpamanya. Persiapan telah dirancang awal..harinya pun tiba. Kad ucapan telah ditulis oleh Aiman sendiri hasil arahan aku. Hadiah pun telah dibeli walaupun tidak lah seberapa harganya(tempat letak h/phone di tali pinggang). Pada pagi itu, Aidid mula-mula sekali ucapkan tapi mungkin dia terkeliru walaupun telah diajar beberapa kali, "selamat hari raya Ayah" ucapnya dengan penuh confident. Aku di dapur tergelak juga mendengarnya.. Aiman cepat-cepat membetulkan .."selamat hari bapa lah..." Namun Aidid tetap mengulangi ayat sama selamat hari raya tanpa mempedulikan kesilapannya. Walau apa pun, semua orang gembira terutama sekali suami akulah agaknya...sabar membuka hadiah yang bersampul-sampul dan beriben-riben.(sengaja disampul berbelit-belit..nak menguji kesabaran)

Saturday, June 19, 2010

KUIH KEGEMARAN SEISI KELUARGA


Ha...inilah hasilnya...kuih kegemaran kami seisi keluarga, kuih PAU. Aku belajar resipi ini daripada ibu mertuaku. Sebenarnya aku memang menggemari kuih ni sejak kecil lagi. Bila dah berkahwin tengok mak buat sendiri apa lagi, ambil peluang belajar dan buat sendiri..dapat makan sepuas-puasnya. Suami dan anak-anak pun amat menggemarinya. Aiman dan Aidid setia dan sabar menanti sewaktu aku menguli tepung, memasukkan inti, mengukus sehingga masak dan siap dihidang. Sekali masak dapat dalam 20 hingga 30 biji, memang berbaloi, puas makan. Senang menyediakannya sedaaaaap dimakan.Tak lupa terima kasih buat Kak Na yang susah payah tolong belikan kacang merah nak buat inti pau.

Friday, June 18, 2010

Monday, June 14, 2010

AINA di usia 3 bulan



Sekejapnya masa berlalu..sudah tiga bulan usia Aina. Bila dia senyum nampaklah lesung pipitnya itu..hai geramnya... dan dia amat sukakan apabila abang2nya mengacah-acah. Ayat yang famous bg Aidid.."adik..nape..adik nak cucu..?" Aina dah boleh meniarap. Nampaknya perkembangannya lebih cepat daripada abang-abangnya sebelum ini. Aku akan terus menyaksikan perkembangannya dari semasa ke semasa. Itu pastinya sangat menyeronokkan bagi seorang ibu.

Friday, April 16, 2010

PEMBANTU MAMA, KAKI ADIK PUTUS...

Kena pasang telinga betul-betul baru faham apa yang disebutnya. Aidid melagukan zikir untuk adiknya Aina. Dia dapat zikir tu daripada abangnya..walaupun masih pelat tapi boleh la faham. Dialah yang menjadi pembantu mama menjaga adik semasa cuti bersalin 2 bulan ini. Dah boleh kalau nak minta tolong enjut buai, ambilkan pampers, buang pampers, tepuk adik sementara menunggu mama. Lega juga mama...

Sekali tu Aidid mencemaskan mama..sambil berlari-lari dan dengan nada yang cemas Aidid menjerit "mama.. kaki adik terputus.." Apa lagi kelam kabut mama datang tengok..."tu mama kaki adik terputus.." ulangnya lagi, sambil tunjuk sarung kaki adik yang dah tercabut. Oo...bukan kaki adik putus rupanya sarung kaki dah tercabut...kuus semangat.. alahai Aidid..Aidid. Itulah impresi kanak-kanak berusia 3 tahun... bila teringat balik tergelak sendiri.

Mesti Klik..

Saturday, April 10, 2010

KELAHIRAN CAHAYA MATA KETIGA...

NUR AINA ZAFIRAH BT MOHD ZAKI
LAHIR PD. HARI ISNIN 1.3.2010 bersamaan 15 RABIUL AWAL 1431 HIJRAH
JAM 7.08 MINIT PAGI.
BERAT 3.14 KG


Tarikh Kelahiran (Masihi/Hijrah)

AIMAN
HUSAINI : 9.3.2005 Bersamaan 28 Muharam(bln 1) 1426H
AIDID MARZUQI : 9.3.2007 Bersamaan 19 Safar(bln 2) 1428H
AINA ZAFIRAH : 1.3.2010 Bersamaan 15 Rabiulawwal(bln 3) 1431H


Hari dan bulan yang sama dalam kelendar masihi tetapi berbeza bulan dalam kelendar hijrah.
Jika dilihat di atas, dalam tempoh 2 tahun (masihi) beza 21 hari (hijrah). Ini bermakna jika dihitung umur kita mengikut kalendar hijrah kita akan lebih tua dari umur sekarang. Di dalam al-Quran yang menceritakan ashabul kahfi yang tertidur di dalam gua menyebut mereka tertidur selama 300 dan 9 tahun. Maksud yang tersirat adalah 300 tahun (masihi) dan 309 tahun (hijrah). Maha Kuasa Allah...kita perlu selalu membaca al-Quran dan mengkajinya mengikut kemampuan...pasti banyak khazanah Ilmu yang kita akan jumpa.

Friday, January 22, 2010

Kembali ke Sekolah


Salam untuk semua...
Kembali semula bertugas sebagai daa'i...perasaan bercampur aduk. Al HamduliLllah semua berjalan dengan lancar, tahun ni terlepas satu tanggungjawab kena pegang kelas...mungkin tuah sedang berbadan dua. Dalam komuniti kecil kami panitia kehilangan dua orang kuat namun patah tumbuh hilang berganti, dua guru baru datang sebagai pengganti...syukur padamu ya Allah Engkau telah ringankan tanggungjawab kami untuk menggalas tugas mendidik lebih 600 murid Muslim.

Tahun ini masuk tahun yang ke dua aku menjadi warga Sri Aman...bertambah sedikit pengalaman. Yang paling melegakan keputusan PMR anak didik 2009 amat memuaskan...98 murid mendapat A daripada 120 murid. Semua ini berkat usaha dan doa guru-guru dan semua murid. Al HamduliLlah..