Daisypath - Personal picture Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 16, 2012



Di hari konvokesyen suami tersayang. Pada 2 Oktober 2012. Sarjana Pengurusan Pendidkan, Universiti Malaya.
Nur Aina Zafirah. Menjangkau usia dua tahun.

Saturday, May 21, 2011

Selamat Tinggal 1st College, Universiti Malaya.



Sejak Jun 2004 hingga 28 Mei 2011 (7 tahun), di sinilah kami sekeluarga menetap dan menjalani kehidupan bersama-sama warga kolej kediaman pertama, Universiti Malaya. Bermula dengan kehidupan berdua dan kini telah bertambah menjadi lima orang ahli keluarga.Banyak jasa dan kenangan manis, pahit, tawar, kelat, masam yang akan ditinggalkan, namun tetap akan menjadi kenangan indah.

Selamat Hari Lahir: Aiman, Aidid dan Aina


Buat anak-anak mama, selamat hari lahir.

Wednesday, December 1, 2010

Pengakhiran 2010

Disember kembali buat ke sekian kalinya, selesai sudah setahun lagi. Begitu cepat arus masa beredar dan berlalu pergi meninggalkan kita yang seringkali sibuk mengejar waktu dalam kekalutan rencah kehidupan yang tidak pernah ada noktahnya sehingga detik kematian datang bertamu. Begitulah lumrah kehidupan yang fana ini.
Disember pada sesetengah orang adalah bulan bercuti kerana anak-anak cuti sekolah, guru-guru cuti sekolah, pastinya ruang dan peluang yang datang sekali dalam setahun ini akan digunakan dengan sebaik-baiknya untuk bersama bermesra ahli keluarga, kaum kerabat jauh dan dekat serta sahabat handai rakan dan taulan di mana saja berada. Sementelah lagi adanya teknologi komunikasi face book pada hari ini tentunya akan mendekatkan jarak yang jauh dalam perhubungan sosial, malah akan menemukan sesiapa sahaja yang telah sekian lama terpisah. Banyaknya reunion yang akan dibuat....pastinya seronok dan meriah sekali.
Pokoknya apa sahaja yang dirancang samada perjalanan jauh, perjumpaan reunion...apa yang penting poket mesti penuh. Perancangan dan pelaksanaan dari segi aliran ekonomi mesti selari agar di penghujung Disember dan Januari yang menjelma tidak akan menimbulkan masalah kewangan, terutama bagi keluarga yang ada anak bersekolah.
Bagi aku Disember yang datang pasti dinanti, bulan untuk pulang ke kampung bertemu ayahbonda, saudara mara, melihat panorama dalam perjalanan, menikmati angin sejuk segar dinihari, sesejuk embun di pagi hari dalam suasana tenang di desa tercinta tempat tumpah darahku....itulah nikmat dan keseronokan bagi perantau-perantau yang tidak dapat dirasai orang lain. Syukur pada Mu ya Allah kerana memberikan aku merasai nikmat Mu ini. Selamatkan kami dalam perjalanan pulang dan kembali semula ki sini dengan selamat jua. AMEEEN.

Saturday, September 4, 2010

SALAM LEBARAN


Tangan dihulur maaf dipinta, mohon maaf segala salah dan silap yang tersurat atau tersirat. maaf zahir dan batin....

Tuesday, August 31, 2010

21 RAMADHAN 1431 H / 31 OGOS....53 TAHUN MERDEKA




Salam Ramadhan al-Mubarak...... salam merdeka Malaysia ke 53. Sekian lama tidak menitip di ruangan blog ini. Terpanggil rasanya pagi ini untuk mencoretkan sesuatu. Asyik dengan facebook dapat bertemu, online dengan teman-teman yang sebelum ini jarang sekali dapat berjumpa hanya kiriman pesanan ringkas pun kadang-kadang sahaja dikirimkan itupun sempena raya atau peristiwa-peristiwa tertentu sahaja. Adanya fb ini dapatlah merapatkan silaturrahim mendekatkan jarak yang jauh..
Ramadhan sudah hampir meningglkan kita semua...apakah perasaan di hati...sedih atau sebaliknya, renungkan sejenak... tepuk dada dan boleh agak status iman kita pada Rabbul Jalil.
Berbaki 9 hari lagi Ramadhan kini berada di fasa ke tiga iaitu selamat daripada api neraka.
Ya Allah, ampunkan dosa kami...selamatkan kami daripada api neraka Mu.
Secara jujur, dari segi amalan ibadah, Ramadhan ku tahun ini tidak sebaik Ramadhan tahun lepas..
perlu muhasabah diri untuk memperbaiki kelemahan diri dan orang-orang sekeliling ku. Mohon bantuanMu ya Allah...sesungguhnya aku insan yang lemah, tunjukkanlah aku jalanMu yang lurus. Janganlah Engkau biarkan kami lalai untuk mengingati Mu..jangan..jangan..
Robbana aatina fiddunya hasanah wa fil aakhiroti hasanah waqina a'zaabannaar...AMIIIIN.